Semua orang tertanya-tanya apa kaitan cinta dan rokok. Bagi orang yang tak pernah isap rokok tapi pernah bercinta biar aku terangkan dari segi cinta dan bagi orang yang merokok tapi tak pernah bercinta biar aku terangkan dari segi merokok.
Cinta
Orang yang bercinta, kadang-kadang tu dia tau yang apa yang dia buat adalah salah tapi dia tetap buat sebab pasangan dia suka atau pasangan dia mintak. Contohnya, si pakwe mintak aweknya memakai baju warna pink yang agak ketat. Si awek maybe tak suka pakai atau tak biasa pakai tetapi demi ingin memenuhi kehendak pakwenya dia pun pakai la. Atau si awek mintak pakwe jangan pakai seluar panjang sebab tak nampak muda kalau pakai so si pakwe pun selalu la pakai seluar pendek walaupun dia tak suka. Ni contoh yang ringkas sebenarnya dan ada yang lagi dahsyat tetapi korang faham sendiri je la. Sebab semakin sayangnya seseorang tu pada pasangan dia maka semakin banyak yang dia sanggup korbankan. Bukannya dia tak tahu apa yang dia buat tu salah atau tak kena dengan diri dia tetapi disebabkan sayang dia sanggup buat.
Perokok
Kebanyakan orang hisap rokok pada permulaannya adalah pengaruh rakan. Pastu bertukar kepada nak hilangkan stress atau tahan daripada mengantuk. Orang yang hisap rokok ni bukannya dia tak tau rokok tu bahaya tetapi disebabkan kesan rokok tu ke atas diri dia membuatkan dia tak boleh tinggalkan rokok tu. Kesan yang pertama adalah hilangkan stress dia dan kesan yang kedua adalah ketagihan terhadap rokok tu. Bukannya senang jika tiba-tiba disuruh untuk berhenti merokok, perlukan ketabahan dan semangat yang tinggi. Bayangkan seseorang tu suka makan ayam tiba-tiba disuruh berhenti makan ayam, adakah dia boleh buat? Bila dia berhenti pun lepas 2-3 tahun dia nampak balik ayam, adakah dia tak terasa untuk makan ayam semula? Atau ambik contoh orang yang suka main game tiba-tiba disuruh berhenti main? Kalau orang tak suka main game dia akan pandang dari keburukan yang game bawak tetapi kalau orang tu suka main game dia akan pandang dari sudut baik yang game bawak.
Moralnya
Jangan berkata lebih-lebih tentang cinta jika anda tak pernah merasainya dan jangan kata lebih-lebih tentang merokok jika anda sendiri tak pernah merokok. Cukup sekadar dengan berpada-pada atau sederhana sahaja sudah memadai..
By elli..
betul tu! jgn cakap kalo kita tak pernah rasa... tapi self-control mesti ada... supaya batas2 dapat kita bina... penting supaya kita tak menyesal satu hari nanti... yg penting diamalkan... yg negative cuba kita elak... hee..
ReplyDelete