Friday, September 17, 2010

BEGINNING


Terminologi CINTA

Oleh: elli


C.I.N.T.A…..Ceria, Indah, Nikmat, Tarikan dan Asmara.

Itulah beberapa elemen yang ada dalam percintaan. Cinta juga boleh dipandang dan ditakrifkan dari pelbagai perspektif yang lebih luas. Harus diingat bila disebut cinta ertinya kasih sayang, seperti cinta kepada Allah, cinta kepada negara atau cintakan seseorang. Untuk kali ini, difokuskan untuk cinta kepada seseorang. Lebih tepat cinta anak-anak muda sekarang (sebab cinta anak-anak muda dulu ni aku kekurangan info sikit).

Ramai orang (individu lah senang nak cakap),bila sampai satu peringkat umur dia akan mula merasa teringin ada teman. Setiap orang tak sama bila dia datang perasaan tu. Boleh jadi pada waktu remajanya (selepas akhil baligh) atau ada yang lewat seperti hujung 20-an atau awal 30-an. Tapi kalau ada juga yang  lebih lewat daripada tu taktau la nak cakap.

Permulaan bagi insan yang bercinta ni adalah cinta dia adalah segala-galanya di dunia ni. Tiada yang lebih penting daripada cinta dia termasuklah ada yang sesetengah tu sanggup mengabaikan keluarganya hanya demi ‘cinta pertama’ (dia tak sedar lagi yang ramai orang tak kawin dengan cinta pertama). Pada masa tu dia terlalu bahagia la macam dunia ni dia yang punya. Tetapi yang biasa jadi macam ni adalah lelaki. Perempuan ni diawalnya dia akan ‘maintain’ sikit. Stay cool la. Tapi bila dah lama dia akan bertukar tempat pulak, lelaki akan maintain cool dan perempuan pulak yang akan anggap dunia ni dia yang punya asalkan pakwe dia sayangkan dia.

Semua orang mengharapkan yang terbaik ja jadi kat diri sendiri. Macam kata pepatah ”ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Bila ada yang putus, masa ni kekecewaan dia sangat la maksimum. Cinta pertama la katakan. Baru belajar sayang orang selain diri sendiri, pastu tengok-tengok dah putus. Macam lari laju-laju pastu tak sempat tarik nafas la. Bagi orang yang putus ni ada yang ambil langkah sebagai seorang yang matang dan anggap ni sebagai satu pengalaman hidup, tapi ada yang lebih ekstrim terus jadi anti-perempuan dan  jadi anti-lelaki. Tahap hampirnya seseorang tu akan jadi anti-lelaki atau anti-perempuan tu bergantung la kepada berapa banyak yang dia korbankan dalam percintaan dia yang dulu tu (last relationship). Semakin sayang dia semakin banyak la dia sanggup berkorban, bila semakin banyak dia berkorban semakin benci la dia terhadap ex (bekas) dia dulu. Tapi tak semua la yang jadi camni, hanya bagi yang tak dapat terima kenyataan ja.


Sekian untuk permulaan bagi perkataan yang bermula dengan C ni dan berakhir dengan A.... Tunggu untk post yang seterusnya..



                 



2 comments: